WARISAN KITA


1) SENI SILAT

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar. Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, tumbuk lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata).

Posted : 3 Oktober 2012


2)PAKAIAN TRADISIONAL

Pakaian tradisional melambangkan identiti masyarakat di Malaysia. Ianya juga melambangkan kepelbagaian budaya dan kaum di Malaysia. Terdapat pelbagai kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai pakaian tradisional yang tersendiri yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk. Contohnya baju kurung dan baju melayu merupakan pakaian traditional bagi kaum Melayu, cheongsam bagi kaum Cina dan sari bagi kaum India. Pakaian tradisional ini masih digunakan secara meluas sehingga ke hari ini terutamanya ketika sambutan perayaan bagi sesuatu kaum.

Posted : 3 Oktober 2012


AKTIVITI DI DALAM KELAS

Tajuk : Unit 15 - Warisan Kita ( Bahasa Malaysia Tahun 2)
Aktiviti : Murid mengenalpasti kata ganda penuh yang terdapat dalam teks dan menyenaraikannya dalam buku tulis

Baju Melayu adalah antara pakaian lelaki Melayu. Baju kurung pula pakaian wanita Melayu. Selain dipakai semasa menghadiri majlis-majlis rasmi, baju Melayu dan baju kurung juga dipakai semasa menghadiri acara-acara tidak rasmi.
BAJU MELAYU DAN BAJU KURUNG
Samfu ialah pakaian lelaki Cina. Ceongsam pula pakaian wanita Cina. Pakaian ini diperbuat daripada _____________ yang lembut seperti satin dan sutera. Corak-corak yang terdapat pada pakaian ini cantik dan menarik.
SAMFU DAN CEONGSAM
Pakaian kaum India cantik-cantik. Mereka memakai pakaian dengan ________________ yang terang. Lelaki India memakai doti. Kaum wanita pula memakai sari. Kainnya ditenun dengan benang emas.
DOTI DAN SARI
Kata ganda penuh terbentuk apabila kata dasar diulang semula. 
Contoh : 
anak  à anak-anak
baju  à  baju-baju
corak à corak-corak

Posted : 11 Oktober 2012





No comments:

Post a Comment