MAKANAN TRADISIONAL

Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Oleh itu, terdapat pelbagai makanan tradisional yang boleh diperolehi di Malaysia. Setiap kaum mempunyai makanan tradisional yang tersendiri. Makanan tradisional bagi kaum Melayu ialah ketupat, lemang, nasi lemak dan satay. Bagi kaum Cina makanan tradisional mereka seperti kuih bulan, dim sum dan juga yee sang. Bagi kaum India pula, antara makanan tradisional mereka adalah maruku, tosse dan capati.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU :
SATAY

KETUPAT
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA :
KUIH BAKUL
KUIH BULAN
YEE SANG
MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA
MARUKU
Posted : 5 Oktober 2012


AKTIVITI DI DALAM KELAS

Tajuk : Unit 14 - Makanan Traditional (Bahasa Malaysia Tahun 2)
Aktiviti : Murid membaca teks, mencatat serta membezakan maklumat


Kuih Bulan Dan Kuih Bakul

Kuih bakul dan kuih bulan ialah kuih traditional masyarakat Cina. Kuih bakul menjadi hidangan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Kuih ini bulat dan melekit. Rasanya manis. Kuih ini diperbuat daripada tepung pulut dan gula. Adunan ini dimasukkan ke dalam daun pisang yang dibentuk seperti bakul.
KUIH BAKUL
Kuih bulan biasanya dimakan semasa Perayaan Kuih Bulan. Kuih bulan bulat seperti kuih bakul. Kuih ini mempunyai inti yang rasanya manis. Kuih ini diperbuat daripada tepung dan air gula. Kuih bulan mempunyai pelbagai inti seperti biji teratai dan kacang merah.
KUIH BULAN
Arahan Tugasan : Tuliskan perbezaan antara kuih bakul dan kuih bulan

Perkara
Kuih Bakul
Kuih Bulan
Perayaan


Bentuk


Rasa


Bahan



Posted : 11 Oktober 2012

3 comments:

  1. Bahan yang menarik...boleh tambah lagi

    ReplyDelete
  2. makanan tradisional ini nampak sangat sedap.

    ReplyDelete
  3. Kalau saya beli kuih bulan kat kedai cina,ianya halal atau x?

    ReplyDelete