KRAFTANGAN

Barangan kraftangan merupakan produk yang melambangkan identiti masyarakat Malaysia. Terdapat pelbagai barangan kraftangan di Malaysia antaranya ialah batik,anyaman,manik dan labu sayong.Hasil pembuatan kraftangan amat unik dan halus, ianya harus diwarisi oleh anak-anak muda masa kini supaya ianya tidak hilang ditelan zaman dan akan terus menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Malaysia.
1) BATIK
Batik memang terkenal sebagai satu produk kraftangan tradisional yang unggul di Malaysia. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke-15 masihi. Pada tahun 1920, penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, khususnya Negeri Kelantan yang merupakan perintis kepada sejarah perkembangan batik di negara ini.Batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses. Setiap satunya mempunyai cara dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa digunakan ialah Batik Blok, Batik Skrin dan Batik Conteng.Pada masa ini peralatan -peralatan moden seperti mesin-mesin yang dikendalikan oleh komputer telah diperkenalkan. Pada masa sekarang batik bukan sahaja diminati di kalangan penduduk tempatan, khususnya orang-orang melayu tetapi juga amat popular dan digemari oleh pelancong-pelancong asing yang datang ke negara ini. Rekacorak batik yang dihasilkan oleh rakyat negara ini telahpun diterima oleh pereka-pereka fesyen terkenal dunia seperti Pierre Cardin, Yves St. Laurent dan Bonia. Produk-produk batik daripada pereka-pereka fesyen terkenal dunia ini boleh dilihat melalui skaf-skaf, tali leher dan sapu tangan selain baju kemeja.



2) LABU SAYONG

Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut. Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

Posted : 5 Oktober 2012

3) ANYAMAN


4) MANIK


Posted : 11 Oktober 2012

AKTIVITI PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS 
Tajuk : Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti : Anyaman tikar
Alatan/ bahan : Tapak anyaman( kertas A4 bergambar ),kertas warna,gam dan gunting
 

4 comments:

  1. Sememangnya batik sudah terkenal di serata dunia...

    ReplyDelete
  2. Maklumat yang dipaparkan amat menarik, terima kasih di atas perkongsian ilmu...

    ReplyDelete